Sunday 9 December 2012

RockCorps Malaysia : Bukit Jalil Tesco's Walk For Life Charity Hunt.

(10 Disember 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

Alhamdulillah, sekali lagi KARISMA UPSI telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada masyarakat dengan menyumbang sedikit keringat dan tenaga dalam menjayakan aktiviti berunsur kemasyarakatan. Pada 9 Disember 2012, seramai 15 orang ahli KARISMA UPSI telah menyertai program di bawah RockCorps Malaysia. Program larian amal anjuran Tesco Malaysia dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya(UM) ini merupakan salah satu usaha untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit Leukemia. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dianjurkan sepanjang program termasuklah pembukaan booth/khemah yang menyediakan sesi menderma darah, pembelajaran CPR yang dikendalikan oleh pelajar jurusan perubatan Universi Malaya(UM), dan slot Spin and Win yang bertujuan untuk mengutip sumbangan melalui permainan daripada pihak Tesco.

Peserta dari KARISMA UPSI bergerak dari Tanjung Malim seawal jam 2.30 pagi dan sampai di Bukit Jalil Recreational Park, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 pagi. Selain KARISMA UPSI, masih banyak lagi penyertaan daripada institiusi pengajian tinggi awam mahupun swasta termasuklah mahasiswa/i daripada Universiti Malaya(UM), Universiti Putra Malaysia(UPM), Medical and Science University(MSU) dan banyak lagi. Tahniah kepada semua mahasiwa/i yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti kali ini.

Aktiviti yang bermula kira-kira jam 6.00 pagi menyaksikan penglibatan serta kesungguhan masyarakat daripada pelbagai lapisan tanpa mengira warna kulit, umur serta perbezaan agama dan budaya bersatu untuk menjayakan program amal ini. Perpaduan rakyat Malaysia dapat dilihat jelas sepanjang program berlangsung.

WE LOVE MALAYSIA! :)

Setinggi-tinggi pernghargaan diucapkan kepada Encik AnwarHilmi yang banyak membantu pihak KARISMA UPSI dalam menyertai program di bawah kendalian RockCorps Malaysia. Bagi pihak KARISMA UPSI, kami berharap agar masih diberi ruang dan peluang untuk terus menjalin kerjasama di masa akan datang. Peserta KARISMA UPSI sampai di kolej masing-masing lebih kurang jam 3.00 petang, Alhamdulillah tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang program berlangsung. 

(antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung)

 salah satu kaunter/booth yang menmpatkan volunteers daripada KARISMA UPSI.


 bersama dengan orang kuat RockCorps Malaysia. 
mendengar kata-kata penghargaan dan semangat daripada beliau :)
Thanks s lots bro!

 ahli KARISMA UPSI bersama dengan mahasiswa daripada universiti lain bertungkus lumus membantu menyediakan bahan untuk pertandingan memasak.
bravo!



sesi bergambar kenang-kenangan setelah program berakhir.
well done guys!

SALAM 1MALAYSIA!
KARISMA UPSI.

Salam perpaduan. 
Hindarkan kebencian.
Semaikan kecintaan :)

No comments:

Post a Comment