Wednesday 7 November 2012

Perasmian Ruang Rakan Siswa Malaysia(KARISMA UPSI).

(7 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

6 November 2012 - Satu lagi sejarah baru dicipta apabila sebuah pejabat KARISMA UPSI atau lebih dikenali sebagai Ruang Rakan Siswa dirasmikan oleh YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim sempena Majlis Penyerahan Kad Siswa 1Malaysia(KADS1M). Ketibaan YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dimulakan dengan aktiviti berkonvoi bersama-sama ahli-ahli KARISMA UPSI. Sebanyak 50 buah motosikal melawat sekitar kawasan Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baru dirasmikan pada Jun lalu. YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim kemudiannya dibawa ke bangunan yang menempatkan Ruang Rakan Siswa KARISMA UPSI. Ketibaan beliau disambut dengan sorakan semangat ahli-ahli KARISMA UPSI yang sedia menanti kedatangan beliau sejak awal pagi.

Herni binti Henry selaku Presiden KARISMA UPSI sesi 2012/2013 mengiringi YB Ayahanda Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim melangkah masuk ke pejabat KARISMA UPSI disertai oleh ACP/KS Dato' Paduka Dr Junaidi b. Abu Bakar selaku Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), YB Dato' Fuad Tan Sri Hassan selaku Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Mohd Zahuri bin Khairani selaku Penasihat Kelab KARISMA UPSI, Mohd Fadlillah bin Mukhatar selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2012/2013 dan tetamu jemputan yang lain bagi merasmikan pejabat KARISMA UPSI yang baru. Setelah menandatangani plak perasmian, YB Ayahanda Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim dan para tetamu kehormat dijemput masuk ke dalam ruang pejabat dan diberikan taklimat ringkas mengenai KARISMA UPSI oleh Presiden KARISMA UPSI dan kemudiannya disajikan dengan tayangan montaj.  

YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim juga turut menurunkan tandantangan beliau di atas 'guest book' pejabat KARISMA UPSI sebagai tanda sokongan beliau terhadap KARISMA UPSI. Dalam majlis itu juga, beliau sempat beramah mesra bersama dengan ahli-ahli KARISMA UPSI di samping menyampaikan nasihat serta amanat beliau kepada generasi muda terutamanya golongan mahasiswa/i yang bakal mencorak masa depan negara suatu hari nanti. Setiap nasihat dan pesanan beliau membangkitkan semangat ahli-ahli KARISMA UPSI agar terus gigih dalam mencari peluang yang ada untuk memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Malaysia ke arah satu tahap yang lebih membanggakan. 

Diharapkan semua ahli-ahli KARISMA UPSI terutamanya bersedia untuk merebut peluang yang telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi mengembangkan potensi diri selari dengan saranan kerajaan yang mahu melahirkan golongan belia yang berdaya maju serta berkebolehan dalam semua bidang. Sesungguhnya ketibaan  YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan beberapa tetamu kehormat yang lain telah meniup semangat baru dalam jiwa ahli-ahli KARISMA UPSI agar lebih bersemangat dalam mendukung visi dan misi KARISMA UPSI dan tidak mengalah dalam memperjuangkan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

(antara gambar sepanjang majlis berlangsung)

 sebahagian ahli KARISMA UPSI sedang menanti ketibaan 
YB Ayahanda Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim.

YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama dengan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, saudara Mohd Fadlillah bin Mukhatar ketika aktiviti konvoi melawat sekitar
Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City. 

 Peserta konvoi sedang mengiring masuk YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim ke bangunan yang menempatkan Ruang Rakan Siswa, yang menjadi pejabat KARISMA UPSI.



sebahagian ahli KARISMA UPSI sedang menunggu ketibaan
YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim di Ruang Rakan Siswa.

Herni binti Henry selaku Presiden KARISMA UPSI sedang menerangkan sesuatu kepada
YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan tetamu kehormat sedang menonton tayangan montaj yang disediakan oleh Exco Penerbitan dan Informasi KARISMA UPSI.

ucapan pembakar semangat dari YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim kepada ahli-ahli KARISMA UPSI agar terus berusaha memajukan diri supaya dapat
memberi manfaat kepada orang lain kelak.

sebahagian ahli-ahli KARISMA UPSI yang bersama-sama mendengar ucapan ringkas daripada
YB Ayahanda Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

salah seorang ahli KARISMA UPSI berpeluang mendapat tandatangan di baju.

RAKAN SISWA HEBAT!
SALAM 1MALAYSIA :)


No comments:

Post a Comment