Sunday 18 November 2012

BICARA KAMPUS RTM : Literasi Politik Dalam Kalangan Mahasiswa, Peranan dan Tanggungjawab.

(18 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Seramai 32 orang ahli KARISMA UPSI telah dipilih untuk mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris sekaligus memberi sokongan padu kepada salah seorang panel yang juga merupakan pelajar Ijazah Muda Pendidikan Sejarah semester 7. Saudari Herni binti Henry juga merupakan Presiden Kelab Rakan Siswa Malaysia(KARISMA UPSI). Kami mewakili KARISMA UPSI mengucapkan TAHNIAH di atas perjuangan beliau dalam mewakili mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan seluruh mahasiswa/i di setiap IPT dan juga IPTS secara amnya. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada beliau untuk terus menabur bakti dan memberi tunjuk ajar kepada KARISMA UPSI.

Selari dengan tajuk perbincangan, isu yang berbangkit dapat dikupas dengan lebih mendalam dan mendapat pencerahan yang jelas. Perbincangan menjadi amat menarik dengan kehadiran dua lagi panel jemputan yang mempunyai pengalaman yang luas serta ilmu yang tinggi iaitu ; Encik Kassim Thukiman selaku Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dan juga saudara Nor Afif Osman selaku Yang Dipertua Universiti Teknologi Malaysia(UTM).

Perbincangan yang sememangnya mengaitkan isu-isu yang dekat serta sering menjadi bahan bualan mahasiswa/i dalam pelbagai cara termasuk laman sesawang era baru Facebook, twitter, blog dan sebagainya. Jelas sekali, pihak berwajib masih mahu mendengar pandangan dan luahan mahasiwa/i sendiri dalam mencari jalan keluar bagi kemelut yang belum selesai. Apa yang pasti, program-program seperti ini dapat memberi pendedahan serta perkongsian idea dalam memahami konsep politik dalam erti kata sebenarnya sejajar dengan pemikiran mahasiswa/i Malaysia. Untuk pengetahuan, wakil pelajar daripada Universiti Teknologi Mara(UTM Kampus KL) dan juga Universiti Teknologi Mara(UTM Skudai) juga hadir bagi berkongsi idea sekali gus memeriahkan majlis.

(sebahagian gambar-gambar semasa program)

 DARI KIRI : saudari Herni binti Henry, saudara Nor Afif Osman selaku Yang Dipertua Universiti Teknologi Malaysia(UTM), saudara Sham(pengacara majlis) dan juga Encik Kassim Thukiman selaku Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia(UTM).

 Sebahagian wakil daripada KARISMA UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris.



 Sebahagian wakil daripada KARISMA UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris. bersama pelajar daripada wakil pelajar daripada Universiti Teknologi Mara(UTM Kampus KL) dan juga Universiti Teknologi Mara(UTM Skudai).
  

DARI KIRI : Saudara Nor Afif Osman selaku Yang Dipertua Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dan Saudari Herni binti Henry juga merupakan Presiden Kelab Rakan Siswa Malaysia(KARISMA UPSI)

Kesimpulannya, program seumpama ini sangat bermanfaat terutamanya bagi mahasiswa/i yang sedang berusaha untuk bergerak seiring dengan arus pembangunan negara khususnya, dunia amnya. TAHNIAH kepada ahli KARISMA UPSI yang menyertai program ini. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menyertai program kali ini, jangan putus asa untuk mencuba lagi. 

P/S : JADILAH MAHASISWA YANG CAKNA DENGAN ISU SEMASA :)

RAKAMAN INI AKAN DITAYANGKAN 
PADA 30 DISEMBER 2012, JAM 3 PETANG DI TV1.

SALAM 1MALAYSIA.

KARISMA UPSI : BERANI, JUJUR, AMANAH.
RAKAN SISWA HEBAT!


No comments:

Post a Comment