Thursday, 15 November 2012

Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baru(Diploma).

(16 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

TAHNIAH kerana diterima menjadi warga ibu kandung suluh budiman dan TAHNIAH juga kerana membuat keputusan yang tepat dengan memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) sebagai medan untuk anda meneruskan cita-cita dan impian. Semoga langkah anda ke bumi Tanjung Malim ini dapat membuka satu haluan baru dalam mencapai harapan menggunung yang telah terpahat sekian lama dalam diri. Bagi mereka yang masih ragu-ragu dalam membuat pilihan, jangan bersedih. Inilah percaturan yang paling sempurna yang telah Allah aturkan demi sebuah masa depan yang lebih gemilang. InsyaAllah(dengan izin Allah).

   "Orang yang keluar untuk menuntut ilmu, termasuk orang yang berjuang di jalan Allah hingga ia kembali". 
(H.R. At-Tirmizi)


Melangkah masuk ke satu dunia baru, anda perlu lah bersedia dari pelbagai sudut. BERANI MENGHADAPI CABARAN. Jadikan setiap cabaran yang mendatangi anda sebagai salah satu batu loncatan dalam mencapai kejayaan sekali gus menjadi medan untuk anda menonjolkan potensi dalam diri. MESRAKAN DIRI. Cuba keluar dari kepompong lama dan bina persekitaran yang baru. Kita perlu akui bahawa mengubahsuai diri dalam satu situasi baru sudah semestinya sangat mencabar. Namun, tak semestinya payah. Apa yang perlu ialah jangan malu untuk mencuba sesuatu. Jangan malu untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pihak lain. Mungkin pandangan mereka dapat membuka dimensi baru kepada anda untuk membuat keputusan. BERTENANG. Jangan gelabah ketika menghadapi ujian/masalah. Setiap masalah ada jalan keluar. Take one step at a time, and you'll find a brilliant solutions. NEVER GIVE UP.



Semoga Allah merahmati setiap langkah kita dalam menuntut ilmu.
Ingatlah kedua ibu bapa serta mereka yang mengharapkan kejayaan anda.
Moga Allah beri kemudahan.

SALAM 1MALAYSIA.
BERANI. JUJUR. AMANAH

Ikhlas dari ; KARISMA UPSI.








No comments:

Post a Comment