(15 November 2012)
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Terdetik untuk berkongsi sesuatu disini apabila terbaca salah satu artikel dalam utusanmalaysiaonline bersempena dengan Maal Hijrah 1433. Rencana yang bertajuk MUHASABAH DIRI ini sedikit sebanyak menyentuh hati sekaligus memberi peringatan baru kepada diri saya dan juga kalian yang membaca dalam pada kita sibuk mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat sana(InsyaAllah dengan izin Allah).
Dalam dunia yang serba moden dari pelbagai aspek, kita sering kali disajikan dengan hidup gaya barat yang kononnya sangat 'stylish and stylo' dipandang walhal generasi yang ada pada zaman sekarang maju disebabkan oleh praktisnya budaya Timur dan ajaran Islam yang telah disebatikan dalam jiwa sejak dulu lagi. Namun, oleh kerana terlalu mengagungkan kemodenan, kita seperti lupa asal usul dan di mana kita berdiri. Bukan kita sekerasnya-sekerasnya perlu menolak kemodenan, tetapi apa yang dirasakan terlalu berlebihan, apa salahnya kita buat pilihan? Mungkin ramai yang menyedari hakikat ini, namun masih ada yang tergelincir.
Oleh yang demikian, sebagai golongan intelek yang boleh menilai buruk baik sesuatu perkara maka kita haruslah berusaha melakukan sesuatu agar kita dan mereka di sekeliling kita tidak terpesong jauh dari apa yang seharusnya kita lakukan. Untuk berubah, tak seharusnya satu dunia perlu berubah serentak. Mulakan dari bawah, yang paling asas. Apa kata mulakan dahulu menyemai nilai-nilai ajaran Islam dalam diri masing-masing agar jati diri kita cukup kuat dan kukuh untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam sekaligus menyelamatkan mereka yang menderita ditindas sejak sekian lama. Kita harus sedar bahawa mahasiswa/i merupakan ejen perubahan negara. Siapa lagi yang akan mengharumkan nama Malaysia jika bukan kita? Mulakan dengan diri sendiri. Kuatkan jadi diri agar boleh menjadi teladan buat yang lain.
"The way you act is the true color of you and yourself.
You might think it is nothing, but that is everything".
SALAM 1 MUHARRAM 1433H.
SALAM 1MALAYSIA.
RAKAN SISWA HEBAT=)
No comments:
Post a Comment