Sunday 11 November 2012

BICARA KAMPUS RTM : Transformasi Pendidikan Luar Bandar.

(11 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Seramai 35 orang ahli KARISMA UPSI telah mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) bagi memenuhi undangan daripada pihak Radio dan Televisyen Malaysia(RTM) dalam program rakaman Bicara Kampus : Transformasi Pendidikan Luar Bandar. Wakil daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris bertolak dari Tanjong Malim pada pukul 7.30 pagi dan tiba di Wisma TV, Angkasapuri pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh wakil daripada pihak RTM dan dijamu dengan sajian sarapan pagi yang menyelerakan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak RTM atas layanan yang diberikan.

Rakaman yang berlangsung selama 1 jam berlangsung dengan jayanya. Perkongsian idea bersama tiga orang panel daripada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS), Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya(UM) dan juga Ahli Parlimen Kudat. Perkongsian hujah yang bernas menjadikan bual bicara tersebut semakin menarik dengan perkaitan isu-isu semasa terutamanya isu pendidikan selari dengan tajuk yang dibahaskan. Wakil daripada KARISMA UPSI turut mengambil peluang untuk mengajukan soalan. Saudari Nur Saidatul Fatehah bt Abdul Karim yang juga merupakan Timbalan Presiden 2 KARISMA UPSI sesi 2012/2013 dengan penuh berkeyakinan mengajukan soalan kepada ahli panel bagi merancakkan lagi perbincangan. Untuk pengetahuan, empat universiti lain juga menghantar wakil bagi memeriahkan rakaman : Universiti Malaya(UM), Nilai College, UiTM Shah Alam dan Universiti Malaysia Sabah(UMS). 

 (antara gambar sepanjang program)

 sebahagian wakil KARISMA UPSI tiba di perkarangan Wisma TV Angkasapuri.



 sebelum rakaman bermula.

 dalam bilik/studio rakaman program Bicara Kampus.


 Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya(UM).

 Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah(UMS).

 Ahli Parlimen Kudat.

suasana diskusi sedang berlangsung.

 berbaju biru : saudari Nur Saidatul Fatehah bt Abdul Karim.

barisan ahli panel yang berjaya menghurai hujah dengan berkesan.

Kesimpulannya, program seumpama ini memberi impak positif kepada golongan mahasiswa/i terutamanya ahli-ahli KARISMA UPSI untuk lebih peka terhadap isu-isu semasa sekaligus menjadi golongan mahasiswa/i yang dapat menjana idea dan solusi dalam mencari jalan penyelesaian yang efektif. KARISMA UPSI mengharapkan agar ahli-ahli KARISMA UPSI merebut peluang yang ada untuk melibatkan diri secara aktif dalam usaha memperkasakan diri, masyarakat dan negara pada masa kini dan masa hadapan.

NOTA : RAKAMAN AKAN DISIARKAN PADA 6 DISEMBER 2012 PADA PUKUL 3 PETANG.
(tertakluk kepada jadual/pindaan).

"RAKAN SISWA HEBAT"
SALAM 1MALAYSIA!




No comments:

Post a Comment