Sunday 11 November 2012

Selamat Bercuti Warga UPSI.

(11 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) mendapat "durian runtuh" apabila pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) telah memutuskan bahawa mahasiswa/i berpeluang untuk bercuti selama lebih kurang satu minggu bermula sejak 11-18 November 2012 sempena cuti Hari Deepavali dan juga Awal Muharam. Pihak KARISMA UPSI berterima kasih atas perhatian yang diberikan oleh pihak pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).

Walaubagaimana pun, masih ramai mahasiswa/i yang mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman masing-masing. Kebanyakkannya disebabkan oleh kekangan tugasan yang masih perlu disiapkan. TAHNIAH untuk diri anda kerana berani mencabar diri untuk membuat keputusan demi masa hadapan yang cemerlang. Bagi yang mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman, jangan abaikan tugasan yang telah diamanahkan kepada anda. ORANG YANG HEBAT TAK PERNAH BERLENGAH. Jadikan kepulangan anda untuk bertemu dengan ahli keluarga serta orang yang tersayang sebagai batu loncatan untuk mendapat semangat baru dalam diri =')

Sepanjang cuti, KARISMA UPSI mohon agar kita sama-sama menjaga keselamatan diri tidak kira di mana berada. SAYANGI DAN HARGAILAH NYAWA ANDA. INGAT ORANG YANG TERSAYANG DALAM SETIAP TINDAKAN.

  • Elakkan diri daripada memandu secara merbahaya.
  • Elakkan berjalan seorang diri terutamanya di tempat-tempat sunyi dan gelap(khas untuk mahasiswi).
  • Maklumkan keberadaan anda kepada ahli keluarga atau orang terdekat supaya mudah dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
  • Periksa kenderaan sebelum memulakan pemanduan terutamanya semasa musim hujan.

 SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1433H.


SELAMAT HARI DEEPAVALI.

Akhir kata, selamat bercuti untuk semua. Semoga masa rehat yang ada ini dijadikan peluang untuk mendapat kembali semangat untuk terus berjuang dalam medan pendidikan. Jaga diri, jaga hati, jaga iman. Semoga setiap hembusan nafas kita sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT :)

"RAKAN SISWA HEBAT"
SALAM 1MALAYSIA!


No comments:

Post a Comment