Tuesday 20 November 2012

Aktiviti : Majlis RockCorps Malaysia(Taman Melati, Gombak).

(20 November 2011)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

Majlis Rockscorp Malaysia #8
Program di bawah KARISMA UPSI dengan kerjasama TZI

(The Zhariff Inniatives Sdn Bhd) seperti ketetapan berikut :


MASA : 18 November 2012

TARIKH : 8 pagi-1 tengahari

TEMPAT : Kawasan Parlimen 1,Wangsa Maju dan Kawasan Parlimen 2 Koperasi Polis.


ALHAMDULILLAH. Program yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih pihak KARISMA UPSI ucapkan kepada pihak RockCorps Malaysia atas kerjasama serta jemputan untuk turun sama-sama menyumbang sesuatu yang sudah pasti memberi manfaat kepada pelbagai pihak terutamanya kepada mereka yang memerlukan. Seramai 40 orang mahasiswa/i telah menyertai dalam aktiviti kali ini."YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA MENERIMA". 

Aktiviti yang berasaskan kerja komuniti yang memerlukan penyertaan mahasiswa/i secara sukarela dalam setiap kegiatan yang dilakukan memberi satu dimensi baru kepada mahasiswa/i agar sedar bahawa masih terdapat ramai golongan yang memerlukan mereka. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga turut membuka mata mahasiswa/i dengan keadaan sebenar dan meletakkan mereka di dalam keadaan yang amat berbeza daripada zon selesa di kampus. Mahasiswa/i merupakan salah satu ejen perubahan yang dapat memberi impak besar kepada masyarakat sejagat. 

Selain mengerah keringat membuat kerja-kerja sekarelawan, para peserta juga turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang menarik. Maklum balas daripada para peserta yang diterima oleh ahli KARISMA UPSI yang telah terlibat secara langsung dalam program kali ini sangat positif dan memberansangkan. AWESOME! :)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Bahagian Sukarelawan The Zhariff Inniatives Sdn Bhd, Encik Engku AnwarHilmi yang memberi peluang kepada pihak KARISMA UPSI menyertai program bermanfaat seperti ini. Pihak KARISMA UPSI dengan penuh rendah hati mengharapkan agar kami akan terus diberi peluang untuk sama-sama menjayakan program-program akan datang. 

Kepada mahasiswa/i yang masih mencari-cari medan untuk menyertai program-program berunsur kesukarelawan, Ayuh! Sertailah KARISMA UPSI. Wadah terbaik untuk menyerbarkan potensi diri =)

                                         (antara gambar sepanjang program berlangsung)

 Dengan penuh bersemangat! Jiwa muda bro. Keep it up!




 Lunch time :)

 Antara aktiviti yang dijalankan. Keep our country clean =)




 Harapan bangsa, pemimpin masa hadapan.

masih sempat berhibur dengan persembahan TOP 5TH ASIAN YOYO PLAYER. 
NO STRESS AT ALL! Cool yaw.

RAKAN SISWA HEBAT
KARISMA UPSI : BERANI, JUJUR, AMANAH.

No comments:

Post a Comment