Tuesday 20 November 2012

Kempen : 1Malaysia, 1Mahasiswa, 1Ringgit SAVE GAZA!

(20 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

Dengan hanya satu misi : UNTUK MEMBANTU SAUDARA-SAUDARA DI GAZA, pihak Majlis Perwakilan Pelajar UPSI(MPP UPSI) dengan kerjasama KARISMA UPSI telah mengambil langkah proaktif dalam mencari inisiatif untuk membantu perjuangan saudara-saudara kita di Gaza yang telah kita sedia maklum sedang menderita dengan hujan peluru dan bingitan bom di setiap hembusan nafas. Ya Allah, selamatkan mereka di sana! Kita mungkin mengeluh apabila hujan mula turun menyembah bumi kerana sukar ke dewan kuliah, namun bagaimana keadaan mereka yang dihujani peluru-peluru setiap hari? Bersediakah kita untuk berjuang demi sebuah kehidupan yang tenang seperti mereka? Fikir-fikirkanlah. 

KAUNTER DERMA dibuka di hadapan Pintu Timur, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kaunter akan dikendalikan oleh ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Majlis Tertinggi/Exco KARISMA UPSI. Untuk pengetahuan, kempen telah berlangsung selama dua hari sejak ISNIN, 19 November 2012. Kempen ini bertujuan untuk mengutip dana/sumbangan sebanyak yang mungkin bagi membantu mereka yang sedang sengsara di Gaza. Setiap ringgit yang didermakan akan disalurkan kepada pihak berwajib untuk disampaikan kepada rakyat Gaza. 

Selain daripada KAUNTER DERMA, kain rentang kempen juga turut dipamerkan untuk mahasiwa/i serta warga UPSI menurunkan tandangan mereka sebagai tanda protes kepada kekejaman ISRAEL LAKNATULLAH. Ayuh sahabat-sahabat, lakukan sesuatu. Mungkin dengan 1Ringgit yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa mereka di sana. INSYAALLAH. Jangan berhenti untuk terus berdoa. Mana tahu, mungkin salah satu doa kita akan di dengar Allah. Ya Allah, Engkau Maha Mendengar. Selamatkan lah saudara-saudara kami di sana. 

(antara gambar sepanjang dua hari kempen)

Mahasiswa/i yang setia menjaga kaunter.

 Antara kain rentang yang ditandatangan.




 Penasihat KARISMA UPSI, Dr Mohd Zahuri bin Khairani juga turut turun padang.


 Sokongan daripada pelbagai pihak.





KARISMA UPSI
RAKAN SISWA HEBAT!

BERANI. JUJUR. AMANAH =)

SALAM 1MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment