Thursday, 15 November 2012

Global : Doa Kita Untuk Rakyat Gaza.

(16 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Sambutan awal Muharam bagi umat Islam dimulakan dengan tumpahnya darah di bumi Gaza, Palestine. Darah pada shuhada yang shahid di medan perang mengalir deras. Tidak mengira pangkat, darjat, umur serta keupayaan. Bedilan bom yang dibedil dari manusia-manusia yang buta erti kemanusiaan dan berhati binatang. Dapat kita lihat dengan jelas bagaimana sengsaranya rakyat Gaza di sana. Dapat kita lihat kesakitan yang mereka tanggung. Namun, belum cukup pasti jika kita merasai apa yang mereka rasakan dengan hanya melihat kepingan gambar-gambar yang dikongsi di laman Facebook/blog/twitter/mahupun media massa yang lain. Kemana hilangnya sifat kasih dan sayang dalam diri sesama manusia? KEJAM. Satu kata paling sesuai untuk rejim zionis laknatullah. 

Bersyukurlah kita berpijak di bumi Malaysia yang masih dilindungi dari sebarang bahaya yang memudaratkan. Bersyukurlah kerana bukaan mata setiap pagi disapa lembut dengan mentari pagi. Bersyukurlah masih punya masa untuk hiburkan hati sedangkan mereka di sana perlu berlari sekuat hati mencari tempat untuk bersembunyi. Subhanallah! Namun, jangan kamu anggap hanya mereka yang bertempiaran di sana diuji, kita disini juga sedang diuji. Mungkin dengan cara yang berbeza. Mungkin dalam susasana yang sangat berbeza. Dalam keadaan yang tak serupa. Oleh itu, sedarlah. 

Apa tanggungjawab kita kepada saudara-saudara yang menderita di sana? Mana mungkin kita dapat pergi sama-sama berjuang mengangkat senjata mempertahan lantas menyekat bedilan-bedilan peluru/bom yang berguguran di bumi Gaza. Maka, berdoalah. BERDOA, BERDOA, dan terus BERDOA. Mana tahu salah satu doa kita didengar oleh Allah. Mana tahu dengan doa kita, mereka dapat hidup dengan tenang seperti sediakala. Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di bumi Palestine. 

"Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, 
adalah orang yang bongkak".

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

 Mohon Allah selamatkan mereka. Mohon Allah redakan sakit mereka.
Moga Allah tempatkan mereka dalam kalangan mereka yang syahid di jalan-Nya.

Ya Allah, pemilik sekalian alam. Lindungilah saudara kami di sana.


SALAM 1MALAYSIA.
BERANI. JUJUR. AMANAH

No comments:

Post a Comment