Tuesday, 27 November 2012

Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012(PWTC)

(27 November 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

ALHAMDULILLAH. Dengan jayanya, pihak KARISMA UPSI telah terlibat secara langsung sebagai peserta Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 yang berlangsung dengan meriah di Putra World Trade Centre(PWTC), Kuala Lumpur pada 25 November 2012(Ahad). KARISMA UPSI telah menghantar seramai 90 orang peserta bagi menghadiri seminar ini. Rombongan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) bertolak ke PWTC pada pukul 7.00 pagi dan sampai di sana dalam anggaran pukul 8.45 pagi. Sesampainya di sana, para peserta diberikan sarapan pagi sebelum masuk mendaftar.

Program bermula tepat jam 9.55 pagi dengan ketibaan Y.A.B Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan diiringi oleh beberapa oleh menteri-menteri lain serta tetamu-tetamu jemputan. Dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, Bersatu Bersetia Berkhidmat dan 1Malaysia dan kemudiannya diikuti oleh ucapan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekaligus melancarkan logo Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa dan menyempurnakan penyerahan Resolusi Kepimpinan Mahasiswa. 

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi soal jawab bersama beliau. Mahasiswa diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat serta memohon pencerahan mengenai sesuatu perkara daripada pelbagai aspek termasuklah soal biasiswa, peluang pelajaran bagi mereka yang bukan beragama Islam mempelajari kursus-kursus berkaitan agama Islam di peringkat universiti, dan sebagainya. Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjawab setiap persoalan yang dikemukakan bagi memberi penjelasan yang terperinci kepada golongan mahasiswa supaya tidak berlaku salah faham serta kecelaruan informasi. Bagi pihak KARISMA UPSI, kami berpendapat bahawa dengan cara ini, kerajaan dapat mengambil peluang untuk memahami serta mendalami keadaan/situasi pelajar sekaligus memelihara kebajikan mahasiswa/i di seluruh Institiusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) mahupun Swasta(IPTS). Syabas!

Program disambung pada sebelah petangnya dengan Dialog Pengerusi Biro KULN dan Pengerusi Biro IPT. Sesi soal jawab juga dibuka kepada mahasiswa untuk berkongsi idea dan memohon pencerahan mengenai pelbagai isu berbangkit. Setelah selesai acara di Putra World Trade Centre(PWTC), program diteruskan lagi dengan pergerakan mahasiswa/i ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki(MALAYSIA vs SINGAPORE). Token LRT ke Bukit Jalil dan juga tiket meononton perlawan juga diberikan secara PERCUMA kepada setiap peserta. Sebelum perlawanan bermula,semua peserta Konvensyen dijemout untuk menghadiri Majlis Minum Petang Anjuran Kementerian Belia dan Sukan sempena Piala Suzuki AFF 2012 di Pusat Akuatik Nasional. JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN. 

Untuk pengetahuan, seramai 3000 orang mahasiswa/i terlibat dalam konvensyen kali ini yang terdiri daripada pelbagai institiusi pengajian termasuklah Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Islam Antarabangsa(UIA), Universiti Malaya(UM), Universiti Sultan Zainal Abidin(UNIZAR), Institiut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Politeknik-Politeknik seluruh Malaysia dan banyak lagi.

(antara gambar sepanjang program berlangsung).

Konvensyen Kepimpinan 
Mahasiswa Nasional 2012(PWTC)


















 Majlis Minum Petang Anjuran Kementerian Belia dan Sukan sempena Piala Suzuki AFF 2012




 Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur 








Sesungguhnya, ini merupakan salah satu pengalaman bermakna bagi mahasiswa/i di seluruh negara terutamanya dari KARISMA UPSI. Penglibatan dalam Konvensyen Kepimpinan Mahasiwa Nasional ini memberi ruang dan peluang kepada kami selaku mahasiswa mengetahui hak serta kemampuan mahasiswa dalam mengorak langkah untuk bersama-sama dengan pucuk pimpinan melakar lebih banyak kejayaan demi negara Malaysia yang dicintai. 

NOTA : Kami dari pihak KARISMA UPSI memohon seribu kemaafan andai terdapat kesulitan sepanjang kami mengendalikan program. Segala permasalahan sepanjang program diharapkan tidak menjadi penghalang untuk anda terus menyokong aktiviti-aktiviti anjuran KARISMA UPSI. 

NOTA : Terima kasih kepada pihak urus setia Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa 2012 yang sedia membantu sepanjang majlis berlangsung. TERIMA KASIH. 

Sekian, terima kasih.

SALAM 1MALAYSIA :)

KARISMA UPSI
(Berani, Jujur, Amanah)

No comments:

Post a Comment