Tuesday 16 October 2012

Pre-AGM : Pengambilan Ahli Baru.

(Selasa, 16 Oktober 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Bahang semangat KARISMA UPSI semakin terasa. Ahli lama yang setia dan ahli baru yang penuh keterujaan untuk menyertai program-program yang menarik dialu-alukan mendaftarkan diri anda semua ke meja pendaftaran yang disediakan di hadapan Pintu Timur Kampus Sultan Abdul Jalil. DENGAN KADAR YANG SEGERA seperti butiran berikut :

Tarikh : 15-18 Oktober 2012
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
(AJK bertanggunjawab akan setia menanti kunjungan anda)
Bayaran Yuran Keahlian : RM 10 SAHAJA(dua semester pengajian)






(aktiviti pendaftaran sepanjang dua hari kaunter dibuka)

Untuk makluman ahli KARISMA yang lama, anda juga DIWAJIBKAN untuk mendaftar semula agar status anda diiktiraf sebagai ahli KARISMA UPSI untuk tahun pengajian sesi 2012/2013. Bagi ahli baru yang berminat, kunjungan anda ke kaunter pendaftaran amat dihargai. Pelbagai program menarik dan hebat menanti anda kelak. jangan berlengah lagi, tempat untuk pengambilan AHLI KOMITED adalah terhad. Pada tahun pengajian sesi ini, HANYA 120 orang akan dipilih. Setiap pendaftaran akan dipanggil untuk menjalani temuduga kelak. semestinya, pelbagai aktiviti hebat telah dirancang untuk anda semua sertai. Ayuh, jadikan diri anda sebagai mahasiswa yang berpandangan jauh serta berdaya saing. 

MAHASISWA BIJAK TIDAK HANYA DINILAI MELALUI CARA BERFIKIR, 
TETAPI JUGA MELALUI TINDAKAN.

P/S : Semangat tanpa arah tujuan ibarat kereta tanpa gear :)

SALAM 1MALAYSIA!


No comments:

Post a Comment