Wednesday 17 October 2012

Aktiviti : Seminar Dakwah Nasional(PWTC).

(Rabu, 17 Oktober 2012)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

KARISMA UPSI sebagai salah satu wakil yang dijemput hadir ke SEMINAR DAKWAH NASIONAL yang menghimpunkan lebih kurang 1000 penyertaan termasuk daripada agensi kerajaan, swasta, IPTA, IPTS. Seminar yang  berlangsung selama dua hari bermula dari 8 sehingga 9 Oktober 2012 berjaya menghantar bilangan penyertaan yang membanggakan. pergerakan mahasiswa/i daripada Tanjung Malim berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Untuk pengetahuan, seminar yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia(MUAFAKAT) ini diketuai oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Ismail Mina. Seminar ini telah dirasmikan oleh YAB Timb. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Seminar selama dua hari ini mempunyai 11 orang pembentang kertas kerja termasuk  YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Nakhaie Ahmad.

Penglibatan KARISMA UPSI dalam aktiviti kali ini diharapkan dapat menjadi medan wacana ilmu dalam kalangan pelajar dalam usaha meningkatkan nilai serta jati diri sekali gus menjadikan mahasiwa/i salah seorang yang berpengetahuan luas serta berpandangan jauh. Ini lah masanya untuk kita, sebagai mahasiswa/i berlumba-lumba untuk mencari nilai tambah dalam diri masing-masing tanpa bergantung harap kepada ilmu di dalam bilik kuliah sahaja. BANGUN BERTINDAK, BUKA MINDA. Cari lah ilmu di setiap pelusuk dunia sekali pun. Itu tuntuan mulia dalam setiap agama. 

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dari kami, pihak KARISMA UPSI ucapkan kepada mahasiswa/i yang berjaya mengikuti program ini dan berharap agar segala imput yang bernas daripada tokoh-tokoh serta ilmuan terbilang yang diterima/dikongsi di sana dapat disampaikan kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang untuk mengikuti program ini. 

(sepanjang dua hari program berlangsung)

 Peserta menikmati makanan yang disediakan oleh pihak KARISMA UPSI sebelum bertolak.



 Ketibaan mahasiswa/i disambut meriah dengan pelbagai cenderahati.


 sekitar majlis berlangsung.


 YAB Timb. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin sedang memberi ucapan sekali gus merasmikan majlis. 
Peserta sedang menikmati makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan seminar.



 Antara sebahagian mahasiwa/i yang terlibat.



Jangan malu, jangan segan.
Teruslah melangkah ke hadapan untuk mengembangkan potensi diri anda.


SALAM 1MALAYSIA! :)





No comments:

Post a Comment