Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Tanggal 19 Oktober 2012, bertempat di bilik seminar Bitarasiswa telah menjadi satu titik baru buat KARISMA UPSI apabila telah menganjur satu perjumpaan tahunan yang lebih dikenali sebagai 'Anual Grand Meeting'. Setelah seminggu barisan AJK membuka kaunter pendaftaran untuk memudahkan ahli-ahli lama dan baru mendaftar, akhirnya segala penat lelah dalam menyempurnakan tanggungjawab serta amanah selesai dengan jayanya. Kehadiran tetamu jemputan yang sudi melapangkan jadual untuk turut serta sepanjang majlis berlangsung amat dihargai. sekalung penghargaan buat penasihat KARISMA UPSI, Dr Mohd Zahuri bin Khairani dan juga Encik Muzamil bin Mahil iaitu Penolong Pegawai Pendaftar, Bahagian Persatuan dan Kelab, Unit Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumi UPSI.
Tujuan Anual Grand Meeting bagi sesi 2012/2013 diadakan adalah untuk :
- mengemaskini status keahlian ahli KARISMA UPSI(ahli lama dan baru).
- menerangkan hala tuju dan objektif KARISMA UPSI ditubuhkan kepada setiap ahli.
- membentangkan bajet dan belanjawan untuk tahun sebelumnya.
- membentangkan senarai aktiviti untuk tahun sebelumnya.
- membuat pembubaran senarai Majlis Tertinggi serta barisan Exco.
- membuat pelantikan semula senarai Majlis Tertinggi serta barisan Exco baru bagi sesi 2012/2013.
Penglibatan serta kehadiran ahli pada malam tersebut cukup memberansangkan. Anggaran seramai 100 ahli berjaya menghadirkan diri bagi memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sebagai ahli KARISMA UPSI, iaitu menyokong penuh setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KARISMA UPSI. Tahniah! :)
(gambar sekitar majlis berlangsung)
Setinggi-tinggi tahniah dan jutaan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan aktiviti KARISMA UPSI pada kali ini.
RAKAN SISWA HEBAT!
KARISMA : MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERANI, JUJUR DAN AMANAH.
Salam 1Malaysia! =')
No comments:
Post a Comment