HARI KETIGA - 26 MEI 2013
1) Solat Subuh
3) Aktiviti LDK(Latihan dalam Kumpulan)
4) Penyampaian Hadiah
5) Perlantikan Majlis Tertinggi KARISMA UPSI SESI 2013/2014
6) Bertolak pulang ke UPSI
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan mencabar kemampuan setiap ahli KARISMA UPSI. Penyatuan dan semangat kerjasama yang padu dan jitu dapat dilihat dengan jelas dalam setiap aktiviti sepanjang program berlangsung. Personaliti serta karakter kepimpinan juga dapat ditonjolkan dengan jelas sekali gus membuktikan bahawa ahli KARISMA UPSI adalah dalam kalangan mahasiswa/i yang sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran serta kemungkinan yang akan berlaku. Pihak KARISMA UPSI juga yakin dan percaya bahawa kepimpinan KARISMA UPSI yang bakal dilantik dalam Anual Grand Meeting(AGM) kelak adalah dalam kalangan mereka yang bersemangat waja, mempunyai potensi yang mantap serta berkebolehan dalam menerajui tampuk kepimpinan.
Semoga segala usaha serta doa kita akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T selaku pemilik sekalian isi langit dan bumi. Semoga mahasiswa/i yang berkecimpung dalam Kelab Rakan Siswa Malaysia(KARISMA UPSI) mampu melakar sejarah dalam pelbagai bidang sekali gus melestarikan visi serta misi Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu "Komited Dalam Membawa Perubahan dalam Pendidikan".
Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang program dijalankan. Rakan Siswa Hebat!
Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang program dijalankan. Rakan Siswa Hebat!
No comments:
Post a Comment