Wednesday, 29 May 2013

(#2)Kem Kepimpinan KARISMA UPSI(Survival)

HARI KETIGA - 26 MEI 2013

1) Solat Subuh

2) Aktiviti 'Explore Race'






















3) Aktiviti LDK(Latihan dalam Kumpulan)

4) Penyampaian Hadiah

5) Perlantikan Majlis Tertinggi KARISMA UPSI SESI 2013/2014

6) Bertolak pulang ke UPSI

Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan mencabar kemampuan setiap ahli KARISMA UPSI. Penyatuan dan semangat kerjasama yang padu dan jitu dapat dilihat dengan jelas dalam setiap aktiviti sepanjang program berlangsung. Personaliti serta karakter kepimpinan juga dapat ditonjolkan dengan jelas sekali gus membuktikan bahawa ahli KARISMA UPSI adalah dalam kalangan mahasiswa/i yang sentiasa bersedia menghadapi segala cabaran serta kemungkinan yang akan berlaku. Pihak KARISMA UPSI juga yakin dan percaya bahawa kepimpinan KARISMA UPSI yang bakal dilantik dalam Anual Grand Meeting(AGM) kelak adalah dalam kalangan mereka yang bersemangat waja, mempunyai potensi yang mantap serta berkebolehan dalam menerajui tampuk kepimpinan. 

Semoga segala usaha serta doa kita akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T selaku pemilik sekalian isi langit dan bumi. Semoga mahasiswa/i yang berkecimpung dalam Kelab Rakan Siswa Malaysia(KARISMA UPSI) mampu melakar sejarah dalam pelbagai bidang sekali gus melestarikan visi serta misi Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu "Komited Dalam Membawa Perubahan dalam Pendidikan".

Akhir kalam, terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang program dijalankan. Rakan Siswa Hebat! 

(#1) Kem Kepimpinan KARISMA UPSI(Survival)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

24-26 Mei 2013 - Dengan jayanya Kelab Rakan Siswa Malaysia(KARISMA UPSI) telah berjaya menamatkan kem kepimpinan SESI 2012/13 yang mantap dari segi perjalanan program, pengisian serta modul perlaksanaannya. Kem yang dikendalikan oleh Ketua Kem Komanden, iaitu Abang Hilmi serta barisan fasilitator yang terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi KARISMA Kebangsaan(Mantan Presiden KARISMA Kebangsaan Pertama) serta dipantau oleh beberapa orang pegawai daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) ini memberi satu impak serta kayu ukur baru kepada peserta yang terlibat secara khusus serta tidak ketinggalan ahli KARISMA UPSI secara amnya. 

Untuk pengetahuan, penganjuran kem kepimpinan ini bertujuan menguji kemampuan serta melihat ketahanan barisan kepimpinan yang bakal dilantik untuk menerajui barisan kepimpinan pada sesi yang akan datang(SESI 2013/2014). Dengan penganjuran kem yang berorentasikan 'survival dan taktikal' ini membuka dimensi serta perspektif baru kepada para peserta. Segala aktiviti yang disusun oleh pihak komanden dan juga fasililator menguji daya tahap setiap peserta dari pelbagai aspek ; fizikal dan mental. Oleh yang demikian, pelbagai rintangan serta cabaran yang diatur oleh pihak komanden serta barisan fasilitator sepanjang 3 hari 2 malam berada di Kem Iman D'semungkis, Ulu Langat, Selangor. 





Seramai 32 orang ahli KARISMA(7 Mahasiswa/25 Mahasiswi) yang berdaftar telah terpilih termasuklah mahasiswa daripada ambilan Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda(ISM). Pemilihan peserta adalah berdasarkan rekod penglibatan mahasiswa/i dalam setiap aktiviti yang dikendalikan oleh pihak KARISMA UPSI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua peserta yang berjaya menamatkan cabaran dengan jayanya!

Berikut antara aktiviti yang dijalankan bermula daripada ketibaan para peserta :

HARI PERTAMA- 24 MEI 2013

1) Menjalankan aktiviti gotong-royong di Masjid Batu 14. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat setempat yang sudi menerima kedatangan pihak KARISMA UPSI untuk berkampung di kawasan tersebut.







Sebelum memulakan perjalanan, para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. 

2) Berjalan sejauh 7.2KM(daripada masjid untuk sampai ke tapak kem). Sepanjang perjalanan, terdapat 3 'checkpoint' yang harus dilalui oleh setiap kumpulan. Setiap 'checkpoint' mempunyai tugasan yang berbeza-beza. Sudah pasti, setiap tugasan memerlukan ketahanan yang tinggi di samping kerja berpasukan yang padu. Checkpoint 1 : Setiap kumpulan mendapat seekor ayam kampung, Checkpoint 2 : Setiap Kumpulan mendapat seekor ikan emas, Checkpoint 3 : Dikehendaki membaca ikrar KARISMA. Perjalanan diakhiri dengan tugasan berendam di dalam sungai dan setiap kumpulan dikehendaki mencari 5 ekor ikan keli di dalam kolam dan menyiang ikan-ikan tersebut sehingga bersih.











3) Solat Maghrib dan Isyak(Jama') berjemaah diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz.

4) Aktiviti LDK.

5) Aktiviti 'Night-walk'

HARI KEDUA - 25 MEI 2013

1) Sembahyang Subuh berjemaah diikuti dengan tazkirah pagi bersama dengan Ustaz.

2) Aktiviti 'Jungle-Tracking'(lebih kurang 2 jam perjalanan) di dalam kawasan hutan berdekatan dengan tapak kem.




















3) Aktiviti 'Flying-Fox' 











4) Majlis Doa Selamat(BBQ)



5) Aktiviti LDK(Latihan dalam Kumpulan)



# Bersambung :)